Assalamualaikum J
Lama giler tak buat entry. Blog
lama pun dah berhabuk ! KAH !
Kalau zaman bujang, zaman tak
kahwin lagi boleh la. Sekarang ni zaman mak mak dah. Masa dihabiskan dengan
kerja dan layan family ( but sometimes layan drama korea pun ada jugak. KIH ! )
So, kiranya ini adalah entry yang
pertama sekaliiiiii la selepas buat COMEBACK ni ! LOLs. Macam-macam cerita nak
masuk dalam ni. Actually, dari last month punya month niat dihati nak aktif
balik dengan blog. Tapi, itu la busy kan.
Anyway, Mak mertua aku baru je
meninggal dunia 3rd april hari tu. Salam takziah buat family husband.
Aku tahu rasa sakitnya kehilangan orang yang kita sayang, orang yang selalu ada
dengan kita, orang yang dijadikan tempat kita meluah. Sungguh Allah lebih sayang pada arwah mak
mertua. Sama macam Allah ambik arwah along dulu J
Alhamdulillah, aku sempat tengok
arwah Mak Mertua, sempat cium dahi , sempat mandikan beliau dan sempat tengok
sehingga beliau dikebumikan. Aku tahu perasaan husband. Lepas je dapat tahu
arwah mak mertua pengsan, husband dah nangis. Sungguh, tak pernah lagi aku
lihat husband nangis macam tu. Mula-mula ingatkan arwah Mak Mertua Cuma pengsan,
so aku pun minta husband apply cuti dan beli ticket flight untuk dia saja. Tapi,
after few hours dapat berita, mak mertua dah menghadap illahi.
Sejujurnya, aku tak lah rapat
dengan mak mertua tapi rasa terkilan sebab lama giler aku tak call beliau. Lama
sangat tak Tanya khabar. (Maafkan saya ,mak ! ) . Sungguh, disudut hati memang
terasa kehilangan L
tapi malu nak tunjuk dengan husband. Aku tahu husband pun terkilan sebab dia
banyak kali minta aku call mak mertua untuk Tanya khabar tapi aku asyik delay. Delay.
Delay sampailah ke sudah. Maafkan saya,mak !
Apapun, Semoga Roh Mak Mertua
ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Amiin.
No comments:
Post a Comment