Saturday, 12 November 2016

Baby & Mommy : Perubahan Mommy :)

Assalamualaikum.

Rajin pulak mommy nak update blog malam ni. Jam dah 0007hrs, esok nak bangun awal pula ! Tapi mata mommy still tak da rasa mengantuk.


Baiklah.

"Apa perubahan pada diri semasa hamil"

cewahh ! Soalan macam soalan UPSR. hahaha

Mommy tak da banyak perubahan pun . Tapi.. yang paling ketara adalah..


 Berat Badan Mommy

Dulu sebelum mommy tahu yang mommy mengandung, masa tu berat badan mommy baru bawah 50kg. Lepas buat buku pink, mommy timbang berat dah naik ke 53.3kg. 

Bagi mommy, alaaa normal lah. mommy dah mengandung 10minggu masa tu. 

Next appointment mommy kena timbang berat lagi sekali. Then nurse kata berat badan mommy bertambah banyak sangat. 

"Selera baik ye puan? "

"Takde la, saya makan macam biasa je"

Berat badan mommy naik ke 56.3kg. 

-.-

Down gak tengok berat badan sendiri. Yela, sebelum ni mommy mane pernah ade berat badan macam tuh. Dan disebabkan itulah mommy terpaksa minum air gula sebab doktor kata takut mommy ada kencing manis. 

Nasib baik lah result air gula tuh, mommy negative GDM. kalau ada GDM kesian laa dengan baby mommy. Mommy sakit takpe. jangan baby mommy je. huhu. 


SIZE S-XL

Yang ni mommy tak boleh nak nafikan. Hampir kesemua baju mommy dah tak boleh pakai dah. Sampaikan mommy dah terpaksa beli baju baru dengan size yang baru. SIZE XL. 

-,- 

Seluar pun dah tak boleh pakai dah. Terpaksa pakai seluar maternity. 

Baju mommy sekarang semua dah besar-besar. Hari tuh sempatlah rembat sehelai dua helai baju daddy, lepas few weeks after dah tak fit dengan mommy lagi dah. Mommy dah gemok dari daddy. 

PAYUDARA

Kalau dibandingkan perut dengan breast memang breast yang membesar lebih cepat. huhu. Mungkin sebab nak supply airsusu untuk baby mommy kot. 

Kekadang mommy segan lak nak pakai baju sendat. 

segan nak style-style kan tudung atas dada. 

Mommy totally dah ubah semuanya.

Kalau boleh mommy nak je pakai jubah setiap kali keluar. 


JERAWAT

Muka mommy time pregnant ni memang nampak kusam. Jerawat pun banyak yang timbul kat pipi. Pakai produk apa pun dah tak berkesan. 

Mommy malas nak try product baru sebab bagi mommy ini semua mungkin disebabkan pembawakan baby mommy yang comel lotehhhh ni. 

Bahagian leher mommy dah gelap. Mommy pakai tudung, tapi tak tahu kenapa leher mommy boleh hitam. :) 


KUAT MERAJUK

HAHHHHH !

yang ni mommy taktahu la memang mommy jenis kuat merajuk atau sejak pregnant je merajuk. Daddy tak boleh salah sikit, mommy dah start marah. HAHA. 

Lagi satu, mommy cepat sangat terasa. entah lah. laju je air mata keluar kalau mommy terasa hati ke ape ke. 

Mommy kuat berkhayal. 

Mommy kuat berfikir.

yang paling mommy tak suka.

Mommy jadi takut duduk sorang-sorang. Dahlah daddy selang sehari baru duduk dan tidur dengan mommy. Kadang-kadang mommy paksa daddy tidur kat rumah. Tapi bukan dapat pun sebab takut in-charge daddy ada kat office or takut ada case. huhu

-.-

MILK LOVER

Susu tepung dutchlady memang kegemaran mommy. bukan sebab mommy nak anak mommy kulit cerah ke putih ke. Tapi entahlah. mommy kena drink everynight before sleep baru dapat tidur. 

Baby mommy dalam tuhhh kot yang sukaaa. ehekk !

Okayyy laa. Mommy tetibaa rasa penat lak nak menyandar kat dinding dan taip benda ni. HAHAHA.

Mommy tidur dulu ye. 

Love you. 


No comments:

Post a Comment