Sunday, 15 April 2018

C.o.m.e.b.a.c.k story !

Assalamualaikum J

Lama giler tak buat entry. Blog lama pun dah berhabuk ! KAH !

Kalau zaman bujang, zaman tak kahwin lagi boleh la. Sekarang ni zaman mak mak dah. Masa dihabiskan dengan kerja dan layan family ( but sometimes layan drama korea pun ada jugak. KIH ! )
So, kiranya ini adalah entry yang pertama sekaliiiiii la selepas buat COMEBACK ni ! LOLs. Macam-macam cerita nak masuk dalam ni. Actually, dari last month punya month niat dihati nak aktif balik dengan blog. Tapi, itu la busy kan.

Anyway, Mak mertua aku baru je meninggal dunia 3rd april hari tu. Salam takziah buat family husband. Aku tahu rasa sakitnya kehilangan orang yang kita sayang, orang yang selalu ada dengan kita, orang yang dijadikan tempat kita meluah.  Sungguh Allah lebih sayang pada arwah mak mertua. Sama macam Allah ambik arwah along dulu J

Alhamdulillah, aku sempat tengok arwah Mak Mertua, sempat cium dahi , sempat mandikan beliau dan sempat tengok sehingga beliau dikebumikan. Aku tahu perasaan husband. Lepas je dapat tahu arwah mak mertua pengsan, husband dah nangis. Sungguh, tak pernah lagi aku lihat husband nangis macam tu. Mula-mula ingatkan arwah Mak Mertua Cuma pengsan, so aku pun minta husband apply cuti dan beli ticket flight untuk dia saja. Tapi, after few hours dapat berita, mak mertua dah menghadap illahi.

Sejujurnya, aku tak lah rapat dengan mak mertua tapi rasa terkilan sebab lama giler aku tak call beliau. Lama sangat tak Tanya khabar. (Maafkan saya ,mak ! ) . Sungguh, disudut hati memang terasa kehilangan L tapi malu nak tunjuk dengan husband. Aku tahu husband pun terkilan sebab dia banyak kali minta aku call mak mertua untuk Tanya khabar tapi aku asyik delay. Delay. Delay sampailah ke sudah. Maafkan saya,mak !

Apapun, Semoga Roh Mak Mertua ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Amiin.



Saturday, 12 November 2016

Baby & Mommy : Perubahan Mommy :)

Assalamualaikum.

Rajin pulak mommy nak update blog malam ni. Jam dah 0007hrs, esok nak bangun awal pula ! Tapi mata mommy still tak da rasa mengantuk.


Baiklah.

"Apa perubahan pada diri semasa hamil"

cewahh ! Soalan macam soalan UPSR. hahaha

Mommy tak da banyak perubahan pun . Tapi.. yang paling ketara adalah..


 Berat Badan Mommy

Dulu sebelum mommy tahu yang mommy mengandung, masa tu berat badan mommy baru bawah 50kg. Lepas buat buku pink, mommy timbang berat dah naik ke 53.3kg. 

Bagi mommy, alaaa normal lah. mommy dah mengandung 10minggu masa tu. 

Next appointment mommy kena timbang berat lagi sekali. Then nurse kata berat badan mommy bertambah banyak sangat. 

"Selera baik ye puan? "

"Takde la, saya makan macam biasa je"

Berat badan mommy naik ke 56.3kg. 

-.-

Down gak tengok berat badan sendiri. Yela, sebelum ni mommy mane pernah ade berat badan macam tuh. Dan disebabkan itulah mommy terpaksa minum air gula sebab doktor kata takut mommy ada kencing manis. 

Nasib baik lah result air gula tuh, mommy negative GDM. kalau ada GDM kesian laa dengan baby mommy. Mommy sakit takpe. jangan baby mommy je. huhu. 


SIZE S-XL

Yang ni mommy tak boleh nak nafikan. Hampir kesemua baju mommy dah tak boleh pakai dah. Sampaikan mommy dah terpaksa beli baju baru dengan size yang baru. SIZE XL. 

-,- 

Seluar pun dah tak boleh pakai dah. Terpaksa pakai seluar maternity. 

Baju mommy sekarang semua dah besar-besar. Hari tuh sempatlah rembat sehelai dua helai baju daddy, lepas few weeks after dah tak fit dengan mommy lagi dah. Mommy dah gemok dari daddy. 

PAYUDARA

Kalau dibandingkan perut dengan breast memang breast yang membesar lebih cepat. huhu. Mungkin sebab nak supply airsusu untuk baby mommy kot. 

Kekadang mommy segan lak nak pakai baju sendat. 

segan nak style-style kan tudung atas dada. 

Mommy totally dah ubah semuanya.

Kalau boleh mommy nak je pakai jubah setiap kali keluar. 


JERAWAT

Muka mommy time pregnant ni memang nampak kusam. Jerawat pun banyak yang timbul kat pipi. Pakai produk apa pun dah tak berkesan. 

Mommy malas nak try product baru sebab bagi mommy ini semua mungkin disebabkan pembawakan baby mommy yang comel lotehhhh ni. 

Bahagian leher mommy dah gelap. Mommy pakai tudung, tapi tak tahu kenapa leher mommy boleh hitam. :) 


KUAT MERAJUK

HAHHHHH !

yang ni mommy taktahu la memang mommy jenis kuat merajuk atau sejak pregnant je merajuk. Daddy tak boleh salah sikit, mommy dah start marah. HAHA. 

Lagi satu, mommy cepat sangat terasa. entah lah. laju je air mata keluar kalau mommy terasa hati ke ape ke. 

Mommy kuat berkhayal. 

Mommy kuat berfikir.

yang paling mommy tak suka.

Mommy jadi takut duduk sorang-sorang. Dahlah daddy selang sehari baru duduk dan tidur dengan mommy. Kadang-kadang mommy paksa daddy tidur kat rumah. Tapi bukan dapat pun sebab takut in-charge daddy ada kat office or takut ada case. huhu

-.-

MILK LOVER

Susu tepung dutchlady memang kegemaran mommy. bukan sebab mommy nak anak mommy kulit cerah ke putih ke. Tapi entahlah. mommy kena drink everynight before sleep baru dapat tidur. 

Baby mommy dalam tuhhh kot yang sukaaa. ehekk !

Okayyy laa. Mommy tetibaa rasa penat lak nak menyandar kat dinding dan taip benda ni. HAHAHA.

Mommy tidur dulu ye. 

Love you. 


Wednesday, 9 November 2016

Baby & Mommy : Kisah Minum Air Gula

Assalamualaikum,

Wahh gigih betul mommy nak update "kisah minum air gula" kat blog. Mommy update guna phone je pun sebab lagi senang dan cepat .

Tadi mommy bangun awal ,siap2 nak g klinik. Tapi daddy plak bangun lambat. Yelaaa, lelaki kan. Mandi pun sekejap je.

Hahh.. jgn tak tau, mommy bangun sejam awal pun.. daddy still akan jadi org yang awal siap. Haha . Mommy hari ni datang klinik sorang2 sebab daddy kerja 24jam.

Mommy sampai kat klinik (makmal ) dah jam 8.10am. Tunggu turn kena panggil 20minit. Then tunggu lagi turn untuk masuk dalam 30minit.

Nasib baik ada tempat duduk sebab selalunya mommy kena berdiri. Tempat duduk terhad.

Masuk je kat makmal tuh, nurse terus suruh mommy duduk. Then ambik darah kat jari. Alhamdulillah,, nasib baik nurse ambik kat jari je dan bukannya kat lengan.

Lepas tu, nurse suruh mommy ambik gelas yang ada isi air gula. Mak aiii, orang kata ada perisa, tapi yang mommy dapat ni mmg pure gula ! Taklah besar tp penuh la gelas tuh.

Mommy tak henti2 ucap bismillah sebab mommy takut mommy muntah kalau minum air gula tuh.

Orang kata bila minum, minum sekali teguk ! Tapi mommy takdapat 😔 sebab banyak sangat. Mommy minum habis dengan 3kali teguk. Minum je rehat, minum je rehat kejap. Masa rehat tu mommy tak bernafas guna hidung tau ! Mommy bernafas guna mulut je sebab mommy rasa nak muntah kalau bernafas guna hidung.

Masa minum tuh, mommy just set kat minda, "mommy minum untuk kesihatan baby dalam perut mommy"

Balik2 mommy cakap dalam hati macam tu.

Mommy nak baby mommy sehat. Mommy sakit takpe. Jangan baby mommy.

Lepas tuh, nurse suruh mommy balik & datang semula jam 11 .

Sementara tu mommy balik rumah, iron uniform n minum air mineral sikit . Nurse kata boleh minum. So mommy minum la.

Dah jam 11, mommy terus masuk makmal semula dan nurse yang tadi tuh cucuk lagi kat jari mommy sebelah kiri.

Alhamdulillah, kandungan gula dalam badan mommy okay 😘

Mommy bersyukur sangat. Mommy tak putus2 berdoa supaya dihindakan daripada kencing manis.

Nasihat mommy untuk yang akan minum air gula..

1. minum slow2.
2. Bernafas guna mulut
3. Set kat otak " itu untuk baby "
4. Fikir benda yang bagus2 .
5. Minum air mineral dan rest.


Okayyyy.. itu jeeee .

Thank you ❤️


Baby & Mommy : Berat badan naik.




Assalamualaikum,

Hari ni mommy dah genap 22w2d 👏🏻 lagi berapa minggu mommy tunggu baby keluar dari rahim mommy 😘 Doakan mommy tau.

Nak cerita...

Tadi mommy pergi buat monthly checkup kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak . Mommy  dan daddy sampai tepat jam 9am kat sana. Tengok2 dah banyak dah buku pink kat box 9am tuh . Mommy dah tahu dah, confirm kena tunggu lama.

Mommy sorg je tunggu kat KK. Daddy duduk kat kereta sebab takde parking.

Tunggu punya tunggu, sampai lah turn mommy. Mommy masuk bilik 2 , no giliran 5081 .

Sampai je, nurse terus minta mommy buay urine sebab nak tengok either kencing mommy kotor ke tak.

Alhamdulillah tak.

Lepas tuh, nurse suruh mommy timbang berat. Actually, mommy dan daddy dah siap2 check berat semalam kat "Sing Kwong" .

Screen tuh tunjuk berat mommy 60.3kg. Sebelum ni berat mommy 56.1kg je. ☹️ cepat berat badan mommy naik kan?

Mommy ingatkan kalau mommy makan banyak, baby mommy kat dalam tuh akan cepat besar tapi nampaknya mommy je yang memberat. Baby mommy normal je.

Sedeh .

Lepas timbang berat tuh, nurse mintak mommy baring sebab dia nak check dengupan jantung baby & nak ukur perut.

"Nurse, perut saya kecik kan?"

"Normal lah tuh puan, masih awal lagi"

.....

" dengupan jantung baby puan ni kat sebelah kanan la, sepatutnya kat sebelah kiri"

"Oh, baby saya suka gerak2 "

Slumber je mommy jawab cmtuh. Haha.

Lepas dah check2 itu, nurse suruh mommy pergi makmal sbb nak check darah, Alhamdulillah darah okay 👏🏻.

Then masuk semula ke bilik 2. Nurse tulis sikit2 kat buku pink , bagi inject kat bahu kiri mommy then suruh mommy pergi bilik 10. Tunggu lagi turn.

Dah turn mommy. Mommy pun masuk bilik. Jumpa doctor lelaki.

Dia kata berat badan mommy banyak sangat naik. So terpaksa minum airgula.

"Puan esok minum air gula ye"

"Ok doctor"

Ok kat mulut. Dalam hati mommy Allah je tahu. Takut. Macam2 mommy fikir.

Tapi mommy cuba. Cuba untuk baby mommy kat dalam perut ni. Doakan mommy kuat esok tau !

Malam ni mommy siap2 puasa jam 10 malam. Esok awal pagi mommy dh nak ke klinik semula.

Lepas ni mommy nak diet. Mommy cuba makan untuk baby mommy. Cuba kurangkan apa yang patut.

Mommy cuma nak baby dalam perut mommy sehat. Itu je. Huhu.

Doakan mommy ye,syg. Esok mommy sorg sebab daddy kerja 24jam.

Esok mommy update blog lagi.

Love you syg.

Tuesday, 6 September 2016

:)


Assalamualikum :)



"Mak ! Mak ! tinguk dulu bha perut ku mak. Ada baby"

"nda kau kasi buka balik bantal tuh dari perut mu. kecil2 mau suda ada baby. tunggu lah kau kawen bha"


Kahhh ! Kahh ! 

Mak. Entahlah. umie rindu mak. rindu sangat. Terasa nak peluk mak. Bersyukur umei ada IBU seperti mak. 

Umie sentiasa sayang mak. 

Mak sentiasa ada di dalam doa, hati dan fikiran umie. :)

Terima kasih jaga umie sejak umie dalam rahim mak, sampai lah umie besar ni. Umie minta maaf sebab banyak buat mak risau, buat mak kecewa. Maafkan umie mak. 

Umie ingat lagi malam tuh. 

Umie hilang akal mak. Maafkan umie. Terima kasih sebab jaga rahsia umie sehingga kini. Maafkan umie mak. 



Thursday, 1 September 2016

Kisah rumah sewa.



Assalamualaikum

Umie lama tak update blog ni. So, izinkan umie untuk publish  dua entry kali ni ye. :) Baiklah. umie nak ceritakan tentang rumah sewa umie. Hm. sebenarnya bukan rumah sewa pun sebab rumah nih masih berkongsi dengan housemate yang  lain.

Umie dan suami masih lagi menunggu turn untuk dapat rumah kelamin di Berek yang disediakan. Tapi, mungkin rezeki tuh belum ada. Adaaa, cuma masa belum tepat.

Agak tak sesuai bila dah mengandung ni umie masih duduk di rumah dan bilik sewa yang sama. teringin jugak nak ada privacy.

"Kenapa tak sewa je rumah?"

Kalau awak search kat website or mana-mana cubalah cari rumah sewa yang dibawah RM700 kat bintulu,sarawak ni. Tak kan jumpa. Bilik saja almost rm500.

Umie dan suami rasa belum mampu untuk sedekahkan duit RM1500 sebulan untuk sewa rumah. Rasanya lebih baik duit itu untuk buat pelaburan. Hikkkk.

Umie berharap sangat rezeki dalam tahun ni untuk dapat rumah berek. huhu.


Doakan umie ye.


I'm Pregnant ! Terima Kasih, Allah :)



Assalamualaikum.

Allah tak pernah mengecewakan hambaNYA :) terima kasih ya Allah atas pemberian rezeki yang tak ternilai ni kepada umie dan suami :)

Masa cuti hari tuh, masa tuh bulan puasa. Actually, empat hari puasa terakhir umie sepatutnya dah bendera merah tapi tunggu punya tunggu takde pun tapi rasa nak sakit senggugut tuh ade.

Lepas je raya ke dua, umie tergerak hati nak beli pregnant test dan result is positive ! Alhamdulillah. serius umie macam tak percaya. nak nangis pun ada sebab masa tuh memang tak sangka Allah bagi ape yang umie dan suami impikan. Rezeki Allah tak kan tersalah alamat dan masa. Umie dan suami bersyukur sangat.

Sekarang ni, Alhamdulillah umie dah masuk 12w4d. Genap zuriat umie 3 bulan dalam kandungan.

Bulan lepas dah scan dah. masa tuh baby 10w lagi.


Taraaa ! tengok tuh. Masa scan ni Allah je tahu betapa EXCITED nya umie dengan baby ni. Terima Kasih ya Allah. Masa drive nak balik rumah lepas check up, nangis je kat kereta sebab bersyukur sangat-sangat. 

Ni hadiah umie untuk suami. :) 

Banyak benda yang umie kena belajar, banyak benda yang umie kena tahu sebab umie first time pregnant so banyak benda yang umie takut nak makan, nak buat. 

Doakan baby dalam kandungan umie sehat tau. Doakan jugak semoga baby jadi anak yang soleh / solehah bila besar nanti. 

Amiin.