Sunday, 27 March 2016

Anak itu rezeki Allah.



Hahh, lawak kan? Boleh pulak anak nak di download. Hik Hik Hik.

Baiklah. Macam semua orang faham, orang tahu bahawa anak itu adalah rezeki Allah S.W.T.

Umie baru saja bernikah 12/12/2015 tahun lepas, tapi orang dah anggap macam umie dan husband dah lama kahwin. Asyik tanya dah ada isi ke belom. Umie nak makan something pun, orang tanya mengidam ke. Sampai, ada satu tahap orang bagi umie tips nak "buat" baby. Ya Allah. Prihatin sungguh mereka, kan?

Tapi itu lah, siapa yang tak nak ada baby, ada anak. Semua orang nak. Umie mengaku mula-mula memang rasa nak hold dulu. Tak nak ada zuriat dulu sebab nak sambung master, sebab nak naik pangkat. Tapi bila umie fikir balik, sambung master dah 2 tahun, nak naik pangkat (kalau ada rezeki) tambah lagi setahun. Umur umie sekarang dah 25, tak kan umur nak dekat 30 baru umie nak ada baby.

Lagipun, jujur umie katakan. Cemburu dengan kawan yang sudah ada baby. So, bulan lepas umie dan husband dah decide berserah dengan Allah S.W.T, jika dikurniakan baby kami bersyukur sangat-sangat dan saat ini pun kami dah berusaha untuk dikurniakan rezeki baby. :)

Cuma itu lah, umie kadang-kadang rimas dengan orang sekeliling. Cukup lah mendoakan yang terbaik. tak payah lah nak tanya banyak kali benda yang sama dan benda yang tak ada . Rasa macam artis pulak. : p

Umie 3 minggu yang lepas, ada pergi berurut perut dengan makcik seorang ini. Katanya rahim umie ke kiri sikit . Hmm. entah lah. umie sendiri pun tak pernah nak check.

Masa berurut tuh, makcik tuh ada tanya umie kenapa nak baby awal, kan masih muda.?

Hm, umie cuma takut tak sempat. lagipun teringin nak hadiahkan baby untuk husband umie. Bukti umie sayang sangat dengan husband. Tapi umie berserah, dan umie sudah berusaha. Ada rezeki,ada lah. Kalau takda umie akan terus sujud dan berdoa dapat baby yang comel loteh :)

Ada masa tuh umie tinggikan suara dengan husband sebab dia selalu sangat pegang perut umie dan cakap

" Sayang mengandung anak saya ye?"

Sedih. Sebab umie masih belum dapat bagi zuriat dengan suami.

Umie share dengan kawan umie, diaorang senangkan hati umie.

"kau masih muda lagi lah umie, usaha je. nanti ada lah baby tuh"

:)

Sejak hari tuh umie sentiasa Google benda yang boleh menguatkan rahim, & benda yang boleh dapatkan baby selain daripada memohon kepada Allah. SWT. Rata-rata semua recommend kan makan "ACID FOLIC" . umie petang tuh jugak beli dan start makan. Usahaaaa lebih. : p

dan.. disebabkan itu, umie terpaksa stop buat sementara waktu semua supplement yang umie ambik sebelum ni. :)

Korang yang baca ni, doakan umie tau. Doakan supaya umie dapat berikan zuriat buat husband.



Love you,suami. 









No comments:

Post a Comment