Assalamualaikum :)
Malam-malam ni terasa rajin pulak jari jemari nak tekan keyboard :) Baiklah. Malas nak cakap banyak, umie direct kepada bilik sewa.
BILIK SEWAAAA??
ya. Bilik sewa. Bukan nak aibkan diri sendiri atau suami. Bukan nak ceritakan keburukan suami atau sewaktu dengannya. Tapi biarlah entry ni umie buat untuk menguatkan lagi diri umie :)
Bukan senang duduk bilik sewa, di mana umie dan suami menyewa sebuah bilik didalam sebuah rumah tingkat dua.
"Ehhh, tak malu ke dah kahwin tapi duduk bilik sewa?? "
bagi umie mungkin tak, tapi bagi suami mungkin dia malu bila orang tanya itu ini. Jujur umie akui, kawan sepejabat pun sebok tanya tinggal kat mana, duduk kat mana. Adakalanya, stress tapi tak nak bagi tunjuk suami. Tapi, suami memang tak boleh nak sorok stress bila kawan dia tanya macam-macam.
Ye. Sebagai lelaki mungkin suami tercabar. Tapi, hanya orang yang sederhana dan duduk kat bintulu sahaja tahu living cost kat bintulu. Sangat mahal. Sebab tuh, umie pujuk suami untuk terus tinggal di bilik yang umie sewa masa umie bujang.
Rumah dua tingkat,
Ada lima bilik,
Empat kat atas.
Satu kat bawah,
Dapur kongsi,
Dan..
hanya umie dan suami, muslim didalam rumah ni.
Sebelum umie kahwin, setahun hanya dua-tiga kali umie jejak dapur. Makan kat luar dengan suami sebab suami kata susah bila masak campur dengan non-muslim. Tapi, bila dah berkeluarga ni walaupun hanya umie dan suami, tapi rasanya makan kat luar sangat membazir. So, umie masak hari-hari kat rumah walaupun tak pandai masak.
Ada sekali masa umie nak ke dapur, kawan serumah masak dalam daging. Umie siap hidu dalam bekas tuh dan puji sedap bauu.. Lepas tuh, kawan serumah cepat-cepat bagitahu yang itu daging hmmm. Umie senyum je dan terus masuk bilik. Dalam hati " Kenapa lahhh aku hiduuu!".
Malas nak bagitahu suami sebab suami cepat sangat negative thinking dia datang. So, baik diamkan.
Hmmm.. masa tengah taip ni, umie teringin sangat nak ada rumah walaupun kecil .
Bilik sewa umie kecil ja, :) Nak tambah yang ahli seorang pun rasa kena fikir-fikir gak :) Tapi kalau ada rezeki memang nak sangat :)
Nanti ada masa umie buat entry lagi k. Nak cerita pasal dapur yang umie dan kawan serumah kongsi.
Thank you suami.
No comments:
Post a Comment