Ini gambar masa umie akad nikah :) Walaupun bermacam-macam dugaan tapi cuba jugak untuk tenangkan dan simpan semua tuh. Tengok lah pelamin RM2500 tuh. rasanya kalau kat tempat lain dia cuma charge RM150 je kot.
Lighting ? Nampak tak lampu panjang tuh. Lupa lampu apa :p Dia cuma letak satu lampu tuh jaaaa, entah lah macam mana dengan gambar yang photographer ambik. Harap dapat lah result yang lawa..
Dalam perjanjian nakkan kerusi yang panjang tuh. tapi dapat plak kerusi macam tuh. Sepatutnya umie duduk sopannn kat atas kerusi panjang tapi ini yang umie dapat. Sebelum akad nikah ni, dah suruh akak umie call bridal tuh tanya dan mintak satu bantal bulat. Dia boleh cakap bantal takda. orang lain guna. Allah ja tahu apa yang umie rasa time tuh.
Bukan umie seorang ja yang perasan tau. Cousin makcik umie pun perasan gak. Diaorang tanya dengan umie. umie mana tau. semua bridal yang uruskan. Mungkin dah nasib dan takdir dapat bridal tak bertanggungjawab macam tuh kan?
Design pelamin. 100% tak sama dengan yang umie nak kan. Sedih yang amat.
Tapi dalam kesedihan tuh, umie gembira sangat sebab suami lafaz dengan satu lafaz ja. Masa tuh memang tak ingat siapa-siapa selain arwah along. Pedih rasanya perkahwinan ni tanpa arwah along. Masa nak salam tetamu umie dah tak malu lagi dah.. nangis macam ape dah.:D serius rasa dia lain sangat.
Sepatutnya umie salam mak umie terlebih dahulu. tapi entah kenapa mak umie boleh duduk kat hujung tepiiii sanaaa. Dapat salam mak umie memang pelok ciom kuat-kuat. rasa macam orang berdosa jaaa.
Buat entry ni, buat umie rasa rindu sangat dengan Mak. :(
Umie tak banyak tangkap gambar masa akad nikah. Handphone umie, cousin yang pegang. Gambar pun dia tak ambik sangat.
InshaAllah, bila photographer umie dah bagi gambar. Umie masukkan dalam blog ni :) Muchlove!
No comments:
Post a Comment