Tuesday, 26 January 2016

REVIEW : Vit C powder by Nlee



Assalamualaikum :)

Ada tak perempuan yang kat luar sana macam perangai ni?


  • Nampak perempuan putih, nak putih gak
  • Nampak perempuan kuruh, nak kuruh gak
  • Nampak perempuan pergi sana, dia nak jugak
  • Nampak perempuan beli barang lawa-lawa pun dia nak jugak.
Hahh. 

Sometimes, umie pun macam tuh jugak. Especially yang nak putih tuh. Sampai kadang-kadang suami tegur.

"Sayang nak putih macam mana lagi? kan dah putih tuh?"
"Mana ada, ni belum putih" (tak bersyukur)
"Nak putih macam mana?"
"Nak putih macam adira"

...

Sometimes, ada kawan sekerja pun tegur..

"Babe, kau makin putih je aku tengok"
"err? belum lah. aku tengah makan supplement bagi putih ni"
"Hahh? nak putih macam mana lagi"
"Macam adira tuh.. lawa.. putih.. "

...

Sometimes bila ada iklan kat radio bincang tentang bahaya produk yang takde KKM. Suami umie pun perli..

"Hahh. dengar tuh"
"Alaa, product ni selamat"


....


Masa belajar dulu, pernah lah dua tiga kali umie cuba AURAWHITE. masa tuh beli dalam RM100+ kot. tak ingat dah. memang berkesan. cuma malas nak bancuh. kadang-kadang pegi kelas lupa nak minum. & disebabkan kekangan DUIT masa tuh, so umie pun berhenti minum. Yelaa, sayang belanjakan duit tuh untuk kecantikkan, Baik guna untuk print notes. 

....

Masa kat pulapol. Muka memang hitam, jeragat, jerawat. Muka 80% sunburn & teruk. So, dah nak keluar daripada pulapol tuh, memang rasa give up sangat dengan kulit muka bermasalah. Yala, umie tengok ada gak yang kulit muka masih lawa. Umie try macam-macam product. Tia amilia tuh paling umie seram nak ingat. Sebab tuh lah muka bermasalah. menyesal beli. Beli sunplay pun tak play play gak. Masih muka rosak macam tuh. Last-last tak pakai apa-apa. 

Disebabkan mostly kawan makan supplement. So, umie pun gunalah duit gaji untuk beli product ni hah.. Product K-colly. Best ! cuma malas nak kemam je & kadang-kadang miss nak kemam powder tuh. Umie makan 1 botol je kot.. tak ingat dah.. lepas tuh berhenti. dan tak ambik apa-apa. 

....

Sekarang ni, datang kembali rasa NAK AMBIK SUPPLEMENT. :) Macam-macam umie search. Yela. nak beli product ni bukan main ambik je. kena rajin search kat google. tengok review. cari keburukan dan kebaikan setiap product yang kita nak makan / pakai. 

Currently, umie ambik supplement VITAMIN C POWDER BY NLEE.



Sebelum umie beli. Memang rajin sangat buka google.(sebab tuh kuota abis jeee) . Apa yang umie bukak??

  1.  Fungsi Vitamin C
  2. Owner / founder product ni
  3. Review yang dah menggunakan product ni
  4. Harga product ni
  5. Kesan sampingan product
Memang ni yang umie akan search. ! Dan Alhamdulillah, umie spent dua hari gak untuk decide nak beli ke tak nak. Vitamin C ni macam-macam kelebihan dan kegunaanya. Umie decided ambik tiga botol sekali jalan :) Bukan apa, malas nak order order order lagi. Biar sekali cukup untuk dua-tiga bulan.  

Hampir seminggu umie minum. Mula-mula dapat parcel daripada postman umie terus kemam satu sudu teh. Umie ingat manissss, rupa-rupanyaaaa MASAAAAAMMMM. menyesal tak try ckit-ckit. Tuh lah, gelojohhh sangat hihi

Umie ambik pagi (selepas solat subuh / sebelum pergi kerja ) & Waktu malam (sebelum tidur)

Memang wajib ambik ! :) 

Cara minum. Umie lebih suka bancuh dengan air sejuk. Ada rasa masam-masam. :D actually, korang boleh try bancuh dengan air lain. tapi umie malas nak g dapor, bukak peti ais then bancuh. So, umie guna air sejuk jaaaa. 

Apa yang buat umie minat dengan Vit C powder ni. 

  • Pure Vitamin C
  • Murah
  • Senang dimakan / diminum
  • Banyak kegunaan

Umie beli tiga botol RM 85 je (ss)

Penggunaan untuk 2-3 bulan. Beeebalooii :D


Nahh umie belanja gambar selfie dengan suami :) 



Kening tuh takyahhh zoom sangat. Memang serabutttt kelapaaa. Kbaiiii :*

No comments:

Post a Comment