Tuesday, 10 November 2015

"Kahwin "around the corner



Ada 32 hari lagi menjelang hari bahagia. Nak dekat-dekat majlis ni bukan main takut lagi. kadang-kadang dengar lagu "pengantin baru" pun rasa berdebar. Debaran lai matcham ! hihi.

Alaaa, kahwin ja pun umie.

... Teringat lak masa tunang hari tuh. Masa part nak keluar bilik tuh siap tanya lagi kat arwah along

"Kalau aku nda keluar bulih ka?"

Haha. ni kan pulak nak kahwin.

32 hari bukanlah masa yang singkat.

Persiapan?

 Baju akad nikah 

 Mula-mula dah siap tapi kena buat balik. Membazir? Biarlah rahsia. tak baik mengaibkan orang. Baju akad nikah yang baru masih dalam proses. Katanya baju lelaki dah siap, baju perempuan masih dalam proses. 

Baju Sanding

Alhamdulillah dah siap. Walaupun bukan seperti yang diinginkan tetapi puas hati dengan jahitan ! Tapi, Dry clean tak buat lagi. Uwaaa. 

Baju Sanding Sewa

Baru je check isnin lepas. nasib baik bawak cik tunang pegi bridal tuh. Dorang dah siap dry clean dah cuma terlupa dengan cardigan aku. Hm. 

Kad Kahwin

Katanya dah siap. cuma bunting je belum. Dalam minggu ni siap. Minggu depan dah boleh post dah. :) Buat yang simple-simple je. janji orang terima kad, dan datang majlis tuh. 

Photography

Dah siap bayar deposit dan book slot untuk photoshoot. Theme outdoor Garden theme. Alala omputeh. Ececehh.

Catering

Semua dah tempah dan untuk malam berinai pun masih dalam proses. Alahaiiii.

Pelamin / makeup / Kek

Ambik semua satu package. Jimat. 

Urusan akad nikah

Tunggu pihak jabatan agama islam call untuk ambil borang. katanya dah lulus tapi sampai sekarang tak call-call lagi. Ramai sangat orang kahwin kot. Alhamdulillah :)

Lagi? Lagi? 

Tuh je kot. 



Aku tak minta banyak dalam majlis ni. Cuma aku harapkan semua urusan berjalan dengan baik dan selesai dengan baik dan mendapat keredhaan ALLAH & mak bapak. 

Rasa tak lengkap buat majlis besar seperti ini tanpa kehadiran kakak kesayangan. Umie rindu along. Rindu :( 









No comments:

Post a Comment