Assalamualaikum..
"Sembilan dari Sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan"
Alhamdulillah, sekarang dah masuk setahun setengah aku berada di dunia kerja beruniform ni. Rezeki Allah, berikan aku kerja yang bagus dan dalam keadaan yang segera. Yala, ramai fresh graduate yang sekarang ni tengah struggling untuk cari job.
Tapi, bukan nak menolak rezeki.
Aku ambik Bachelor degree of Business administration.
Aku bayangkan sekarang ni aku kerja kat syarikat yang ada business yang besar, takpun paling cikai duduk kat bank. Tapi, hakikatnya, Allah berikan aku rezeki kerja ini. Aku bersyukur.
Cuma, terfikir.. apa yang aku boleh buat untuk manfaatkan sijil yang aku ada. Sebab 100% apa yang aku belajar tak sama dengan apa yang aku practice dalam kerja aku sekarang.
Aku selalu terbayang aku ada syarikat sendiri. Syarikat kecil pun tak apa sebab memang dari dulu aku berminat sangat dengan business.
Baru-baru ini aku ada invest sedikit modal untuk business tudung. below 1k. Mungkin nasib tak menyebelahi sebab borang material daripada orang yang tak sesuai. Kita nak ini, dapat lagi. Dalam gambar lain, dah dapat lain pulak. Nak tak nak, kita jual. Laku tak laku belakang kira.
Mungkin aku perlu banyak belajar semua ini, kena tau selok belok dunia business.
Dulu masa belajar,aku pernah buat dropship barang. Aku promote barang supplier to customer, then bila customers make order aku inform dekat supplier untuk post barang yang customer order. Adalah untung ckit, setiap barang dalam RM40-RM60. sekali pos. itu pun ikut nasib, kadang-kadang RM10. dulu masa belajar, RM10 tuh dah besar tau, boleh print satu buku nota. Tapi dah masuk dunia kerjaya, RM10 tuh macam dah takda makna.
Dalam 2 tahun jugak aku jadik dropship. Kena pandai promote & rajin pergi bank la sebab jadi orang tengah ni bukan senang.. customer put their trust on us, then kita plak kena pastikan yg supplier tuh betul-betul supply barang. Kang takpasal-pasal sebab dia tak post parcel kita yang dropship nih kena.
Disebabkan aku ada gaji sendiri.. Terasa besar sangat keinginan untuk ada business sendiri.
Business tudung dan produk.
Cuma produk ni susah ckit, kekadang leceh.. nanti customer tanya itu ini, ada KKM ke tak. So, a bit complicated.
Business tudung, kita just perlu pikir, apa trend yang orang minat sekarang, jenis kain yang sesuai, colour yang sesuai. Harga yang berpatutan.
Teringin sangat nak ada stok tudung yang lawa-lawa then promote dengan orang.
Tapi..
Mungkin aku perlu sabar kot sebab modal takda lagi.
InshaAllah, dalam tahun ini aku akan mula business tuh.
Tak mustahil kan?
Makan gaji ni susah sebab walaupun ianya menjamin tetapi sometimes tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi perempuan.. Terasa juga nak beli baju, heels, tudung, accessories yang baru untuk dipakai dengan menggunakan duit sendiri.
Semoga Impian aku tercapai.
InshaAllah...
No comments:
Post a Comment