Sunday, 31 May 2015
#OPINION Harga Minyak Naik lagi ?
Assalamualaikum..
hari ini 01/06/2015 minyak naik lagi. Adoii, berapa kali nak naik?
walaupun naik RM0.01 pun aku sebagai penguna tetap rasa terbeban. Andai saja pak najip tau apa rakyat dia tanggung kan bagus.
sikit-sikit naik. sikit-sikit naik.
gaji tak naik pun.
-,-
Dulu, aku bukan pengguna minyak petrol, diesel or sebagainya sebab dulu aku bukan ada kereta, bukan ada motor, bukan ada kapal or sewaktu dengannya yang memerlukan minyak untuk bergerak. So, kalau minyak naik harga pun aku buat tutup mata, tutup telinga dan mulut pun tak bising.
Tapi, sekarang ni, aku tau apa yang orang lain rasa. Apa yang arwah along aku asyik poppep poppep tentang minyak petrol naik. Aku nak ajak jalan pun dia kadang-kadang malas nak ajak aku sebab apa? minyak punya pasal. Bila dah ada kereta sendiri ni, barulah terasa betapa sakitnya HARGA MINYAK NAIK.
dah lah gaji tak seberapa.
kena bayar rumah, kereta, ni nak beli minyak dengan harga yang tinggi lagiii...
Nak saving pun tak dapat laaa .
terpikir gak, selama pak najip jadi orang kepercayaan rakyat ni, dia pernah tak bagi minyak free? tak pun dia pernah drive kereta sendiri, berhenti kat mana-mana stesen minyak dan isik minyak sendiri? dia rasa tak dia terbeban dengan harga minyak kalau masa tuh duit kat wallet dia cuma ada rm50 je???
Aku bukan orang bijak pandai... tapi apa salahnya kalau pak najib tanya dulu pendapat rakyat tentang sesuatu yang hendak dia lakukan. Bukan setakat tanya orang-orang atasan, sometimes orang atasan mana tau apa yang orang bawahan rasakan. perit ke, sakit ke.
Kalau aku jadi orang atas pun, mane aku nak terbeban.
Tolonglah. Kemajuan Negara harus diseimbangkan dengan kemajuan rakyat. Bila rakyat tak maju, dibebani hutang, terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi, Apa guna adanya negara maju?? Selagi rakyat tak maju, Negara susah nak maju.
Haisssh.
Kesian mak bapak kat kg. :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment